Setelah Lebih 2 Tahun, Akhirnya Ge-Shen Catat Tahap Tertinggi Terbaharu

236

Saham Ge-Shen mempamerkan kenaikan agresif sebanyak 22.07% atau 32 sen untuk mencapai paras tertinggi terbaharu sekitar RM1.77 setelah 32 bulan.

Perkara itu terjadi berikutan pengeluar alat ganti plastik terus mencatatkan kadar keuntungan pada suku kedua.

Pada tengahari sewaktu rehat, kaunter Ge-Shen masih kekal meningkat sekitar 15.17% atau 22 sen kepada RM1.67, sekali gus tersenarai di antara kaunter paling untung di Bursa Malaysia hari ini.

Di kala mencapai paras RM1.67, Ge-Shen memiliki permodalan pasaran sebanyak RM183.73 juta.

Catatan keuntungan bersih bagi Ge-Shen dilihat telah memperoleh RM3.71 juta atau RM3.38 sesaham bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2021 dengan mencatat peningkatan sebanyak 37.83% daripada RM2.69 juta atau RM2.45 dari suku ke suku.

Meskipun jumlah kenaikan hanyalah sedikit sekitar 0.87% dalam pendapatan suku tahunan kepada RM65.63 juta berbanding RM65.06 juta, ia masih kekal catat keuntungan kali kelima berturut-turut.

Menurut syarikat, ia juga disokong oleh permintaan pelanggan yang lebih kukuh di tengah pembukaan semula ekonomi Barat dan peralihan bagi beberapa projek ke peringkat pengeluaran dengan lebih meluas.

Walaupun masih terikat dengan pandemik Covid-19, Ge-Shen berkata kemudahan bagi kepingan logamnya sedang berusaha dalam melaksanakan beberapa projek baharu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat