Setelah Melonjak 500%, Bitcoin Dijangka Lebih ‘Menggila’ Pada April!

1,711

Harga Bitcoin (BTC) sehingga hari ini telah mencatatkan lonjakan hampir 500% sejak bullish bermula Oktober lalu. Bagaimanapun, momentum raja kripto menunjukkan penyusutan pada Mac.

Ketika penulisan, harganya direkodkan pada $55,461, pada masa yang sama menunjukkan pasaran kripto masih lagi mendung.

Bagaimanapun, penelitian terhadap sejarah harga bitcoin menunjukkan penyusutan pada Mac kebiasaannya disusuli dengan bullish pada April, mengundang keterujaan pelabur.

Apa yang sektor kripto perlu tahu adalah April sering dikaitkan dengan pengakhiran bagi cukai tahunan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK). Ia dibuktikan menerusi analisis data harga bagi tempoh 10 tahun lalu, bitcoin mencatatkan lonjakan rata-rata sebanyak 51% pada April.

Jika jangkaan itu benar-benar berlaku, harga Bitcoin pada akhir April 2021 mungkin mampu melepasi paras harga $80,000.

Bagaimanapun, jangkaan positif itu juga perlu ditelusi memandangkan terdapat dua rekod negatif bagi April bermula 2014, di mana ketika itu Bitcoin susut -6% dan 2015 menyaksikan penyusutan sebanyak -4%. Penyusutan itu kemudian direkod pada Mei, bermula pada 2015 (-1%) dan 2018 (-18%).

Rekod negatif bagi April dan Mei juga menunjukkan faktor penyusutan didorong oleh pasaran bearish dan sentimen industri semasa. Secara tidak langsung, timbul juga kebimbangan terhadap bullish menjelang April setiap tahun kerana tidak mustahil satu kebetulan.

Ketika ini, fasa bullish masih menunjukkan konsisten stabil lagi-lagi matawang itu disokong kuat oleh Tesla termasuk Elon Musk, pengasas Twitter, Jack Dorsey dan Wall Street yang mahu melancarkan perkhidmatan bitcoin tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat