Sheikh Arab Saudi Tempah 2 Seat Roket SpaceX Elon Musk!

244

‘Mungkin nak hantar kunafa dekat alien kot.’

Berita dari Timur Tengah kuat mengatakan kerajaan Arab Saudi merancang untuk menghantar 2 angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dengan menggunakan roket ciptaan syarikat Elon Musk, SpaceX.

Menurut sumber dalaman yang tidak mahu dikenali, kerajaan Riyadh mengusahakan perjanjian dengan Houston’s Axiom Space yang berperanan mengaturkan misi peribadi ke angkasa bagi tujuan penyelidikan atau pelancongan.

Difahamkan bahawa perjanjian tersebut akan menempatkan 2 angkasawan dari Arab Saudi dalam roket milik SpaceX, Crew Dragon yang akan berlepas ke ISS pada awal tahun depan.

Andai benar berita yang tersebar itu, maka Arab Saudi akan menjadi antara negara anggota Gulf* pertama yang melaksanakan misi angkasa peribadi.

*Kesatuan serantau antara kerajaan, politik dan ekonomi yang terdiri daripada Bahrain; Kuwait; Oman; Qatar; Arab Saudi; dan Emiriah Arab Bersatu.

Namun begitu, pihak Axiom dan Suruhanjaya Angkasa Saudi tidak memberi sebarang ulasan lanjut berkenaan perjanjian tersebut.

Dalam pada itu, sumber berbeza mengatakan pula 2 wakil Arab Saudi itu akan disertai pesara angkasawan Nasa iaitu Peggy Whitson dan pemandu kereta lumba, John Shoffner.

Misi angkasa yang dilabel AX-2 akan menjadi penerbangan roket ke-2 yang di aturkan Axiom, misi pertamanya adalah pada April dengan menghantar 4 kakitangan ke ISS dengan menggunakan Crew Dragon.

Selain itu, terdapat ura-ura mengatakan Turki akan menggunakan perkhidmatan Axiom untuk menghantar 2 angkasawannya ke angkasa pada akhir 2023 kelak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat