Shiba Inu Derita Lepas Whales ‘Humban’ 210 Bilion!

312

Sama seperti peristiwa pada tahun 2020, whales besar yang bertindak membuang lebih 210 bilion memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) telah memberi impak kepada harganya dengan junaman 3% dalam tempoh 24 jam lalu pada zon $0.00000781.

Malah, harga SHIB masih membuat penyusutan 6% lagi menembusi paras sokongan sungguhpun keputusan Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat terbaru untuk kadar faedah menyaksikan sedikit penurunan.

Melalui pemerhatian, whales dilaporkan memindahkan 207.2 bilion SHIB bernilai $1.9 juta ke syarikat exchanger kripto Binance seterusnya menjual sekitar 4 bilion memecoin tersebut dalam tempoh 7 hari lalu yang menjadikan jumlah jualan pada Disember adalah 210 bilion.

Whales juga didapati membeli 3.49 trilion SHIB bernilai $2,233 dalam Ethereum (ETH) melalui Uniswap pada tahun 2020 dengan menggunakan dua address berbeza iaitu “0x5952” dan “0x92f2”.

Sementara itu, whales yang berhasrat menjana keuntungan turut dilaporkan kerap kali menjual SHIB sebanyak 2.4 trilion sejak 13 April 2021 sujurus selepas melakukan pembelian terakhirnya pada 9 Februari 2021.

Hal ini berikutan kerana mereka dapat memperoleh sekitar $18.3 juta dan masih memegang lebih 546 bilion SHIB bernilai $4.86 juta selepas melakukan penjualan itu.

Perlu diingatkan juga bahawa para pelabur SHIB harus meneliti pergerakan whales agar dapat menjangkakan penurunan harga pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat