Shiba Inu Perkenalkan Doggy DAO, ‘Serah’ ShibaSwap Kepada Komunitinya!

832

Lagi perkembangan rangkaian Shiba Inu (SHIB) yang dikatakan sedang bergiat usaha untuk membangunkan organisasi autonomi desentralisasi (DAO).

Dalam pengisian blog yang dimuatnaik pada 31 Disember, pembangun Shiba Inu mengumumkan fasa pertama penubuhan Doggy DAO telah bermula.

Penubuhan DAO tersebut bertujuan mahu menyerahkan kawalan terhadap projek bursa desentralisasi (DEX), ShibaSwap kepada komunitinya.

Difahamkan DAO 1 dilancarkan di dalam beta pada 1 Januari.

Fasa tersebut membolehkan komuniti Shiba Inu membuat dua perkara:

  • Undian terhadap projek dan pasangan mata wang kripto yang akan disenaraikan dalam liquidity pools, WOOF
  • Cara pengedaran token BONE di ShibaSwap kepada komunitinya.

Mungkin ramai yang belum jelas, kehadiran DAO menjadikan rangkaian Shiba Inu lebih desentralisasi melalui hak dan kuasa kepada komunitinya.

Dalam fasa DAO 1 juga pengguna ShibaSwap berpeluang mengundi terhadap projek dengan staking token BONE untuk mendapatkan tBONE.

Manakala pada DAO 2 pula, sistem akan melalui fasa yang lebih kompleks melalui penambahbaikan penggunaan kes token BONE/tBONE.

DAO 2 juga membolehkan komunitinya untuk membuat cadangan yang lebih generik yang kemudiannya akan diteliti oleh pasukan multisig ShibaSwap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat