Shiba Inu (SHIB) Bakal Jadi ‘Mainstream’ Dengan Pelancaran Kad Visa Baru

632

‘Semakin rancak penggunaan kad ni nanti, semakin banyak anjing yang terbakar.’

Menerusi portal Shib Burn, aset kripto Shiba Inu (SHIB) melebarkan langkah penerimaan global dengan merancang untuk melancarkan kad Visa sendiri.

Perkara ini dibentangkan menerusi Twitter Shib Burn bersama video teaser yang memaparkan pelancaran kad SB Visa.

Perincian yang dilihat melalui rancangan tersebut adalah potensi mempercepatkan proses pengedaran insentif, selain menggariskan kelebihan pembakaran (burn) lebih banyak SHIB pada setiap transaksi.

Ia adalah rentetan daripada peningkatan kadar pembakaran setinggi 200% dalam tempoh 24 jam, selepas SHIB Army menggalakkan usaha penghapusan lebih banyak token untuk memenangi hadiah lumayan.

Difahamkan, dalam tempoh 24 jam lepas sebanyak 110 juta token SHIB telah dibakar oleh komuniti Shiba Inu walaupun pengguna dikatakan tidak diberi ganjaran seperti yang dijanjikan.

Sebagai perbandingan, kadar pembakaran turun 60% semalam (24 Julai) namun kini telah meningkat 202.26% dalam tempoh 24 jam lalu.

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, aktiviti pembakaran coin kripto sering dilakukan dengan menghantar sejumlah token ke ‘dead wallet’ dengan tujuan untuk meningkatkan nilai.

Antara yang aktif melaksanakan pembakaran coin adalah Binance Smart Coin (BNB) dan Ethereum (ETH) menurut sumber dari Planet Crypto.

Portal Shib Burn yang dilancarkan pada 23 April pula dikhaskan untuk pembakaran token SHIB dengan catatan hampir 70 bilion coin telah dihapuskan pada separuh pertama 2022.

Dalam pada itu, setakat penulisan artikel ini SHIB terus berada dalam paras $0.00001045 dengan penurunan 8.29% dalam tempoh 24 jam atau bersamaan volum dagangan $384,987,464.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat