Shiba Inu (SHIB) Menggila! Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

8,962

Shiba Inu (SHIB) mengujakan pelaburnya dengan lonjakan lebih 411% sejak 28 September dari paras $0.00000682 kepada paras tertinggi harian $0.000035.

Ketika penulisan, SHIB mencatatkan nilai dagangan $0.00003286 dengan lonjakan hampir 83% dalam 24 jam.

Pergerakan positif ini akhirnya membawa nilai pasaran SHIB melepasi $13 juta dan meletakkan aset ini di kedudukan ke-15, mendahului Litecoin (LTC) dan selepas Avalanche (AVAX).

Tidak cukup dengan itu, lonjakan SHIB mengatasi prestasi Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) yang hanya mencatatkan peningkatan 20% pada minggu lepas.

Di mana faktor kepada lonjakan SHIB?

  1. Projek terbaru
    1. Shiba Inu dikatakan akan melancarkan projek terbaru, penubuhan pertukaran desentralisasi (DEX) dalam masa terdekat.
    2. Khabar ini diumumkan sendiri oleh rakan kongsi dari Tykhe Block Venture, Ishan Arora pada awal Oktober.
  2. Impak whale
    1. Pada akhir September, whale yang tidak dikenali didapati telah membeli sejumlah besar Shiba Inu.
    2. Pembelian tersebut melibatkan sekitar 6.2 trilion SHIB pada harga sekitar $44 juta. Berdasarkan harga semasa,jumlah tersebut mencecah nilai $201.25 juta!
    3. Tindakannya itu secara tidak langsung telah menghalang jumlah nilai terkunci (TVL) SHIB susut di bawah $300 juta.
  3. Elon Musk
    1. Pengasas Tesla ini sekali lagi mencetus gelora harga SHIB dengan twit terbarunya.
    2. Pada 4 Oktober, figura tersebut telah berkongsikan sekeping gambar anjing peliharan terbarunya baka Shiba Inu yang dinamakan dengan ‘Floki’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat