‘Shutdown’ Di Tangguhkan! Ini Kesan Yang Perlu Diketahui Trader Terhadap Pasaran Saham

1,825

Pasaran saham hadapan dijangka untuk memulakan suku yang baru secara amnya tidak berubah pada hari Isnin, selepas ahli politik AS menagguhkan penutupan kerajaan dan dalam masa yang sama Wall Street menilai ramalan ekonomi China semakin merosot.

Pasaran saham hadapan S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average kerugian selepas mendahului untuk berdagang mendatar. Nasdaq 100 malah lebih tinggi, naik sebanyak 0.17%.

Dalam pusingan mengejutkan, Kongres pada hari Sabtu memutuskan untuk menangguhkan penutupan kerajaan. Ini memberi sedikit kelegaan kepada pelabur yang bimbang dengan ancaman kesan yang signifikan kepada ekonomi dan pasaran saham.

Antara perkara lain, petunjuk utama masih berhadapan halangan lain yang dapat mendorong pasaran saham kepada kerugian untuk suku ini dengan mesej Federal Reserve bahawa kadar akan kekal tinggi mengejutkan pelabur. Harga minyak dan hasil bon masih meningkat, dan menambahkan tekanan kepada pasaran saham.

Ada yang percaya bahawa perjanjian pembiayaan AS itu dijangka boleh meningkatkan jangkaan bahawa Fed akan menaikkan kadar pada bulan November.

Di tempat lain, Bank Dunia menurungkan nilai pandangannya terhadap pertumbuhan China pada tahun 2024, walaupun ia mengekalkan ramalannya untuk tahun 2023. Ini secara tidak langsung mendorong kebimbangan mengenai permintaan dalam ekonomi kedua terbesar di dunia. Bank itu menunjukkan kegagalannya untuk pulih sepenuhnya daripada impak pandemik dan krisis hutang yang berterusan dalam sektor hartanahnya.

Turut menjadi perhatian utama ialah mogok dalam sektor Automotif. Syarikat-syarikat automotif dijadualkan untuk melaporkan dapatan data untuk suku ini, dan angka-angka itu akan dipantau dengan rapat untuk menilai kesan mogok tersebut.

Sementara itu, pelabur juga beri perhatian pada laporan pekerjaan AS September pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat