Siap Ada Kasut Fizikal, Kolaborasi Adidas Lancar NFT Edisi Terhad!

2,536

“Wow menariknya, kasut Adidas dah la semua lawa-lawa siapa je tak nak.”

Adidas memeterai perjanjian bersama artis Web3 terkenal Fewocious untuk mengeluarkan koleksi non-fungible token (NFT) edisi terhad digelar ‘Trefoil Flower’ yang turut disertakan kasut Adidas Originals Campus 00s.

Koleksi NFT Trefoil Flower yang dilancarkan sebanyak 4,500 unit bukan sahaja bakal menampilkan reka bentuk kasut baharu menarik, malah kasut fizikal akan datang bersama token maya.

Selain itu, Adidas dan Fewocious turut akan mengeluarkan 4,500 pas mint Trefoil Flower NFT, di mana ia tersedia untuk pembelian mulai 22 Jun 2023 dan para peminat boleh menuju ke pasaran OpeaSea yang telah ditetapkan sebagai cawangan eksklusif untuk jualan.

Pas mint maya tersebut akan memberikan pemegang akses eksklusif untuk mendapatkan semula sepasang kasut Adidas Originals Campus 00s yang direka khas.

Kemudian pada bulan Ogos 2023, pemegang yang berhasrat membakar NFT mereka boleh menerima versi fizikal kasut, tetapi perlu diketahui penghantaran sepasang kasut Adidas Originals Campus 00s sebenar akan bermula pada bulan September tahun ini.

Menurut Fewocious, bekerja dengan Adidas adalah impian sebenar yang sudah menjadi kenyataan dan tidak percaya beliau akhirnya dapat bekerjasama secara rasmi dengan mereka setelah empat tahun lukis kasut Adidas di bilik tidur sendiri.

Tambahnya lagi, koleksi NFT tersebut ialah salah satu projek terpanjang pernah beliau lakukan, oleh itu beliau sungguh percaya dengan potensi dan masa depan fesyen, kasut, fizikal termasuk digital yang sejak kebelakangan ini semakin raih populariti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat