Siap Sedia! Biden Akan Tandatangan Perintah Eksekutif Berkaitan Kripto Minggu Ini

1,057

Sejak diumumkan pada Februari, minggu ini dijangka menjadi detik bersejarah apabila presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan menandatangani perintah eksekutif berkaitan mata wang kripto.

Pada masa yang sama, ini merupakan langkah pertama negara itu dalam memperkenalkan undang-undang berkaitan perdagangan mata wang kripto.

Difahamkan perintah tersebut merangkumi beberapa aspek penting, termasuk mengenalpasti potensi perubahan perundangan, perlindungan negara, dan kesan penggunaan aset digital terhadap ekonomi.

Secara tidak langsung, keputusan diambil turut menjadi solusi kepada kebimbangan penggunaan mata wang kripto oleh Rusia untuk mengelak sekatan yang dikenakan akibat pencerobohan Ukraine.

Sekatan pengaksesan Rusia terhadap SWIFT, Mastercard, Visa, dan PayPal telah membawa harga ruble susut ke paras terendah yang tidak pernah direkod.

Ketika penulisan, 1 ruble bersamaan dengan $0.00756.

Pada awalnya perlaksanaan perintah eksekutif terhadap pasaran kripto dijadualkan pada pertengahan Februari tetapi disebabkan peperangan Rusia-Ukraine menyebabkan ia tertangguh.

Beberapa bursa dan platform kripto sudah mula diasak dengan persoalan berkaitan pematuhan sekatan AS dan antarabangsa terhadap Rusia daripada pihak penggubal undang-undang.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga ‘ditekan’ untuk menyekat sejumlah besar akaun milik individu kelahiran Rusia. Misalnya Coinbase, telah pun laksanakan sekatan terhadap lebih 25,000 akaun!

Dari sisi lain, perlaksanaan perintah eksekutif juga membawa isyarat positif pembentukan mata wang digital bank pusat (CBDC), seperti mana pengerusi The Fed, Jerome Powell tekankan pada Januari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat