Siap Sedia! Dent (DENT) Bakal Tawan Pasaran Dengan Lonjakan Lebih Tinggi

639

Dent menawan keuntungan tiga digit apabila momentum kenaikan harga Bitcoin meluas ke pasaran kripto.

Protokol yang berfokuskan mudah alih itu telah menghasilkan lonjakan 118% pada sesi dagangan bulan Ogos, mencatatkan paras tertinggi terbaru $0.0049 mengakhiri sesi dagangan semalam.

Baru-baru ini, Dent Wireless telah menyokong program amal ‘Basic Internet Foundation’.

Program tersebut bagi mencapai objektif kesalinghubungan bersama di rantau Afrika.

Dent telah berusaha untuk mempromosi dan memajukan inisiatif amal ‘Gigabytes for Africa’ yang bertujuan untuk menyediakan akses yang lebih mudah dan berpatutan kepada data mudah alih di dunia membangun.

Dapat diteliti pada carta DENT/USDT.

Pergerakan harga DENT telah menarik perhatian para pelabur setelah menyaksikan lonjakan 65% pada sesi dagangan minggu ini sehingga mencatatkan paras tertinggi terbaru semalam.

Pandangan sudut teknikal, pergerakan harga masih konsisten dengan trend bullish dan sedang menguji kembali zon resistance sekitar $0.0048.

Bagi jangkaan seterusnya, jika DENT kekal dengan trend bullish dan menembusi zon resistance tersebut, ia bakal membuat lonjakan yang lebih tinggi dan membuat paras tertinggi terbaru.

Namun, jika DENT tidak mampu untuk mengekalkan trend bullish, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $0.0041 sebelum meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Paras tersebut juga bakal dinilai oleh para pelabur samada mampu menjadi paras yang kuat untuk menyokong harga DENT kembali membuat kenaikan.

Ketika penulisan, Dent didagangkan sekitar paras $0.0048 melonjak lebih 1% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada dikedudukan ke-123 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto DENT/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat