Siap Sedia Semua, EUR/USD Dah Start Nak Terjun Ni

1,522

Ketegangan hubungan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China terus berlarutan susulan laporan AS pertimbang untuk menyekat kunjungan ahli Parti Komunis China, langkah yang pastinya akan mencetuskan tindakan balas oleh ekonomi kedua terbesar dunia tersebut.

Dengan kerosakan wabak pandemik yang melanda dunia sekarang, pertelingkahan dua negara tersebut akan mengeruhkan lagi keadaan dan menambah risiko dalam pasaran kewangan.

Selain didorong oleh sentimen berisiko pasaran, pengukuhan US dolar pada dagangan Khamis semalam turut disokong oleh data jualan runcit AS untuk bulan Jun yang mencatatkan peningkatan, meleset berbanding jangkaan penurunan oleh pasaran.

Namun, data tuntutan pengangguran AS untuk minggu lalu masih kekal tinggi tidak banyak perbezaan berbanding bacaan sebelumnya sekitar angka 1.3 juta.

Euro pula pamerkan pergerakan yang sederhana selepas keputusan mesyuarat polisi bank pusat Eropah (ECB) tidak menunjukkan perubahan pada kadar faedah dan juga polisi semasa.

Tumpuan akan terarah pada keputusan perbincangan dana pemulihan rangsangan ekonomi oleh para pemimpin Eropah pada pertemuan hari ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD semalam dilihat membuat kenaikan sekitar paras 1.14400, gagal mencapai ke paras ketinggian pada Rabu.

Penurunan yang kembali bergerak di bawah paras 1.14000 dan juga paras halangan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam harga, memberi isyarat awal perubahan trend bearish pada carta EUR/USD.

Penurunan lebih rendah dijangka akan diteruskan menuju zon RBS (resistance become support) 1.13400 sebelum ke paras tumpuan 1.13000.

Namun jika harga membuat kenaikan semula, paras ketinggian terbaru dilihat pada zon resistance 1.14900 yang kali terakhir dicapai adalah pada dagangan awal Mac lalu.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat