Siap Sedia Semua! GOLD Bakal Hadapi ‘Ombak’ Ganas

5,160

Dagangan emas terus berlegar di sekitar paras harga yang sama, sementara para pelabur menunggu penerbitan data pekerjaan NFP AS malam ini yang akan menjadi petunjuk kepada rancangan Federal Reserve memulakan pengurangan pembelian aset.

Memasuki sesi Eropah, logam berharga itu diniagakan meningkat pada $1,813 per auns, dengan niaga hadapan emas pula positif pada $1,814 per auns.

Terdahulu, pelabur telah diperlihatkan dengan data tuntutan pengangguran AS yang menunjukkan penurunan sebanyak 340,000 pada minggu lalu.

Bacaan tersebut adalah lebih baik dari jangkaan 345,000 dan turun dari catatan minggu sebelumnya sebanyak 354,000.

Selain itu, data itu juga menunjukkan pemberhentian pekerja dilaporkan menurun ke tahap terendah dalam tempoh lebih 24 tahun, memberi gambaran bahawa pemulihan pasaran buruh sebenarnya tetap kuat walaupun ketika jumlah kes Covid-19 meningkat.

Pelabur kini lebih berhati-hati susulan bacaan data yang bercampur-campur ini, memandangkan sebelum ini pasaran telah menyaksikan bacaan laporan pekerjaan ADP yang lemah dan penurunan dalam sub komponen pekerjaan sektor pembuatan di AS.

Ekonomi AS dijangka akan mencatatkan penambahan sebanyak 750,000 pekerjaan pada bulan Ogos, sementara kadar pengangguran pula turun kepada 5.2% daripada bacaan sebelumnya 5.4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat