Siap Siaga! Binance Bakal Buang 4 Kripto Ini, Harga Terkesan!

1,565

“Binance asyik nyahsenarai kripto je kan, mungkin semak kot banyak sangat.”

Bursa mata wang kripto Binance yang bakal menyahsenarai beberapa aset digital pada akhir bulan ini tampaknya tidak mengemukakan alasan tepat, tetapi memberi petunjuk cukup baik berhubung mengapa tindakan itu dilakukan.

Menurut pengumuman pada hari ini, Binance akan menyahsenarai empat kripto berbeza pada 20 Februari 2024 iaitu Aragon (ANT), Multichain (MULTI), Vai (VAI) termasuk Monero (XMR).

Oleh demikian, harga keempat-empat kripto tersebut semakin berada dalam keadaan tidak menentu, misalnya XMR menjunam kira-kira 17% disebabkan penilaiannya yang jatuh sebaik sahaja Binance membuat pendedahan itu.

Memang tidak dinafikan XMR adalah salah satu altcoin tertua paling popular dalam pasaran kripto, tetapi perlu diingatkan kes penggunaan utamanya ditujukan pada kerahsiaan yang mula diketepikan oleh platform utama apabila kerajaan di seluruh dunia mula membangunkan dasar KYC dan AML.

Baru-baru ini, Binance terlibat dalam tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), bagaimanapun mereka yang bersetuju untuk membayar penyelesaian $4 bilion telah mula mengubah dasar serta pendekatannya.

Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Binance Richard Teng pula berkata bahawa pasukannya rancang untuk menjadikan Binance sebagai sebuah firma yang sejajar dengan peraturan kewangan tradisional.

Bagaimanapun, sebab untuk menyahsenarai XMR dan aset digital selebihnya tidak digariskan dengan jelas tetapi pengumuman itu memberikan beberapa kemungkinan faktor yang dipertimbangkan oleh Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat