Siap Siaga! Laporan Q2 MicroStrategy Dapat Kukuhkan BTC?

165

“Harapnya harga BTC naik la, macam mana kalau tiba-tiba turun pula?”

Syarikat risikan perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), MicroStrategy yang merupakan penyokong tegar mata wang kripto bersedia melaporkan keputusan kewangan suku keduanya pada 1 Ogos 2023.

Sebagai pelabur institusi terbesar di dunia dalam BTC, para pelabur akan memerhatikan penyata pendapatan MicroStrategy yang bakal mendedahkan jumlah BTC dipegangnya dan ramalan untuk suku seterusnya.

Hal ini kerana kenyataan menggalakkan berkemungkinan dapat melonjakkan BTC daripada harga semasanya dan memberi kesan positif kepada pasaran kripto.

Namun sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kedudukan MicroStrategy sebagai peneraju pasaran dalam pelaburan kripto telah dicabar oleh kemasukan BlackRock dan Citadel yang bersaing untuk dapatkan kelulusan spot BTC ETF.

Oleh demikian, kelulusan spot BTC ETF dijangka akan memberi kesan lebih besar kepada seluruh pasaran kripto berbanding MicroStrategy yang pada masa ini didapati memiliki sebanyak 152,333 aset digital tersebut.

Bagaimanapun, pedagang akan melihat pendapatan MicroStrategy termasuk hasil daripada perniagaan utamanya untuk meramalkan jumlah BTC yang akan dibeli oleh syarikat tersebut dalam beberapa bulan lagi.

Menurut Michael Saylor, pengerusi eksekutif dan co-founder MicroStrategy berpandangan kenaikan harga BTC bukan sahaja dapat beri impak positif pada pendapatan syarikatnya malah harga sahamnya juga dijangka akan terus mendaki selepas naik 75.09% sejak awal tahun 2023.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 0.71% pada paras $29,242 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $568 bilion tetapi tetap mencatatkan lonjakan 0.59% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat