Siap Siaga Pelabur! Ini Isyarat Terbaru Untuk Kadar Faedah BOE

192

Britain tampaknya perlu bersiap sedia dengan kadar kenaikan dalam kadar faedah yang lebih besar pada mesyuarat akan datang susulan kenyataan terbaharu ketua ekonomi Bank of England (BOE) ini.

Ketua Ekonomi BOE, Huw Pill berkata pemotongan cukai yang dirancang menteri kewangan akan bertindak sebagai rangsangan kepada permintaan dalam ekonomi dan sekali gus meningkatkan tekanan inflasi.

Rentetan daripada itu, ia akan memerlukan tindak balas dasar monetari yang ketara dan kadar faedah perlu naik lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya.

Pada minggu lalu, pentadbiran baharu Perdana Menteri Liz Truss telah memperkenalkan pakej rangsangan yang merangkumi pemotongan cukai terbesar dalam tempoh 50 tahun.

Ekoran itu, mata wang pound jatuh mendadak ke paras terendah sepanjang masa dan hasil bon kerajaan Britain pula melonjak.

Susulan itu juga, pasaran meletakkan harapan terhadap BOE untuk mengadakan mesyuarat tergempar dan menyampaikan kenaikan kadar faedah yang besar untuk menyokong nilai pound dan mengehadkan tekanan inflasi selanjutnya.

Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila para pembuat dasar dilihat ternyata lebih ‘bersabar’ dan ingin menantikan mesyuarat seterusnya pada November untuk bertindak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat