Siap-siap Trader! Minggu Ini Bakal Dipenuhi Perang Bank Pusat & Data Penting

396

Pasaran bakal berdepan hari-hari yang sibuk pada minggu ini yang bakal dihiasi data-data utama dan mesyuarat polisi dari bank-bank pusat global, terutamanya Federal Reserve.

Memulakan dagangan pada awal minggu adalah terbitan data keluaran dalam negara kasar (KDNK) UK pada Isnin yang tanpa dijangka menunjukkan bacaan yang positif pada Oktober.

Ini sekali gus membantu mata wang pound untuk didagangkan stabil pada sesi Asia hari ini setelah meraih keuntungan pada sesi terdahulu dengan tumpuan kini beralih kepada data pekerjaan pada sesi Eropah hari ini dan inflasi UK pada Rabu.

Seterusnya pada hari Khamis, pelabur akan menyaksikan mesyuarat polisi bank-bank pusat utama global iaitu FOMC, Swiss National Bank (SNB), Bank of England (BOE) dan European Central Bank (ECB).

Ekoran itu, US dolar memulakan dagangan di awal minggu dengan lebih berhati-hati ketika  pelabur turut menantikan penerbitan data inflasi pengguna Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini.

Indeks harga pengguna (CPI) AS diunjurkan akan terus menunjukkan angka yang menurun pada November dengan catatan 7.3% daripada bacaan 7.7% yang telah mengejutkan pasaran pada bulan lalu.

Berikutan jangkaan tersebut juga, pelabur menetapkan ramalan untuk peningkatan kadar faedah 50 mata asas pada pertemuan FOMC pada awal pagi Khamis (15 Disember) setelah petunjuk untuk memperlahankan kenaikan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat