Siapa Sangka Minggu Ini Bakal Jadi Yang Terburuk Buat Emas!

1,008

Harga emas didagangkan dengan kenaikan sederhana pada hari Jumaat, disokong oleh kebimbangan mengenai kejatuhan ekonomi akibat peningkatan berterusan kes jangkitan coronavirus di Eropah dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, kejatuhan ketara yang dicatatkan pada awal minggu disebabkan laporan positif mengenai vaksin Pfizer mengakibatkan dagangan logam kuning itu menuju minggu terburuknya sejak September.

Pada awal sesi Eropah, logam berharga itu didagangkan berlegar di sekitar paras harga $1,878 per auns, sementara niaga hadapan emas pula stabil pads $1,877 per auns (3.30 petang waktu Malaysia).

Kebimbangan terhadap kejatuhan ekonomi kembali tercetus selepas penasihat coronavirus kepada Presiden terpilih Joe Biden, Dr Michael Osterholm mengatakan penutupan di Amerika Syarikat selama 4 hingga 6 minggu boleh membantu mengawal penularan wabak.

Sekiranya penutupan dilaksanakan sekali lagi, ekonomi Amerika Syarikat mungkin akan terjejas walaupun tidak semua sektor ekonomi ditutup.

Data daripada Reuters menunjukkan kes coronavirus di Amerika Syarikat meningkat lebih 100% di 13 negeri dalam tempoh dua minggu. Ini menguatkan lagi alasan untuk pentadbiran Biden melaksanakan lebih banyak langkah rangsangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat