Siapakah Akan Menduduki Kerusi Pengerusi The Fed?

82

 

Menurut sumber Politico pada hari Khamis, pilihan utama Presiden Donald Trump jatuh kepada Jerome Powell (Gabenor Fed) dan John Taylor (Ahli Ekonomi daripada Stanford Universiti) sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.

Trump membuat kenyataan bahawa beliau sedang mempertimbangkan antara Powell atau Taylor, tetapi dalam masa yang sama beliau juga menyukai Janet Yellen sebagai calon pengganti pengerusi The Fed.

Namun pegawai Rumah Putih berpendapat, “tiada keputusan pasti yang dibuat.”

Berdasarkan pegawai pentadbiran atasan pada hari Rabu, Gary Cohn dilihat kurang mendapat perhatian Trump. Begitu juga dengan Kevin Warsh, menurut salah satu sumber, Trump menyifatkan Warsh tidak selari dengan visi beliau.

Trump memberi komentar di Fox News, Yellen merupakan salah satu individu yang beliau sedang fikirkan.

Yellen yang merupakan pengerusi The Fed sejak awal tahun 2014 akan ditamatkan tempoh perkhidmatannya pada Februari tahun hadapan.

Senat harus meluluskan terlebih dahulu tidak kira siapakah yang menjadi pilihan Trump. Trump dilaporkan akan mengumumkan siapakah calon pilihannya dalam masa terdekat iaitu sebelum 3 November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat