Sikit-sikit Je Emas Bergerak Minggu Ini, Apa Dah Jadi?

604

Emas terus tersekat di sekitar tahap $1,850 per auns menjelang dagangan penghujung minggu, ketika pengukuhan US dolar dan hasil perbendaharaan yang lebih tinggi membataskan kenaikan logam berharga itu.

Memasuki sesi Eropah, emas didagangkan sedikit meningkat pada $1,850 per auns, manakala niaga hadapan emas pula berlegar di sekitar $1,849 per auns (3.20 petang waktu Malaysia).

Sebelum ini, logam kuning itu telah mendapat sokongan daripada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell yang bernada ‘dovish’.

Jerome Powell menolak kemungkinan bahawa Fed akan mengurangkan pembelian asetnya dalam waktu terdekat dengan mengulangi bank pusat terus komited untuk menggunakan pelbagai alat dasar monetarinya untuk menyokong ekonomi AS.

Menurut Powell, masih terlalu awal untuk berbincang mengenai pengurangan program pembelian bon kerana ekonomi AS masih jauh lagi daripada sasaran inflasi dan pekerjaan bank pusat.

Kenyataan Powell telah menyebabkan kemerosotan buat matawang US dolar dan sekali gus menyokong kenaikan harga emas

Selain itu, harga turut meraih sokongan daripada pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion yang dilancarkan oleh Presiden Joe Biden pada sesi Asia. Prospek daripada pelan bantuan ekonomi ini telah meningkatkan daya tarikan emas sebagai pelindung inflasi.

Namun, pada masa yang sama, kenaikan itu juga terbatas berikutan peningkatan hasil perbendaharaan AS yang telah mendorong peningkatan US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat