Sila Tarik Balik WhatsApp!-India

1,520

Kementerian teknologi India menggesa agar WhatsApp milik Facebook Inc untuk menarik dabalik perubahan pada polisi privasinya yang diumumkan pada awal bulan ini, dan mendakwa bahawa syarat baru itu menjejaskan kuasa pilihan pengguna India.

Perubahan yang diusulkan didakwa menimbulkan kebimbangan serius mengenai implikasi terhadap pilihan dan otonomi warganegara India. Oleh yang demikian, syarikat tersebut perlu menarik semula perubahan yang diusulkan.

Walau bagaimanapun, WhatsApp tidak mahu mengemukakan sebarnag komen berhubung isu berkenaan. Sebelum ini, syarikat itu mendedahkan bahawa kemas kini dasar privasi barunya tidak mempengaruhi privasi mesej pengguna dengan rakan, keluarga dan dalam kumpulan.

Sehubungan dengan itu, syarikat tersebut memutuskan untuk menunda pelancaran dasar baru hingga Mei dari Februari, setelah menghadapi banyak kritikan mengenai syarat baru termasuk di pasaran terbesarnya di India.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat