Sime Darby Kena Tempias, AS Kacau Pasaran Tempatan Lagi

540

Saham Sime Darby Plantation Bhd (SDP) merosot 2.13% dalam dagangan awal hari ini berikutan sekatan yang dikenakan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) ke atas produknya berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.

Bernama melaporkan, sehingga 9.56 pagi, Sime Darby Plantation susut 11 sen kepada RM5.06, dengan 70,400 saham diniagakan.

CBP AS telah mengeluarkan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) ke atas minyak sawit dan produk yang mengandungi minyak sawit dihasilkan oleh SDP dan anak-anak syarikatnya, usaha sama dan entiti gabungannya, membolehkannya untuk menahan penghantaran berdasarkan disyaki terdapat penglibatan buruh paksa.

Dalam kenyataan semalam, CBP berkata WRO dikeluarkan terhadap SDP berdasarkan maklumat bahawa secara munasabah menunjukkan kehadiran kesemua 11 petunjuk buruh paksa Pertubuhan Buruh Antarabangsa dalam proses pengeluaran SDP.

Pada September lalu, CBP telah mengeluarkan WRO berasingan terhadap satu lagi pengeluar minyak sawit Malaysia, FGV Holdings Bhd.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat