Sistem Undian Berasaskan Blockchain Dapat Mencegah Penipuan?

470

Sebagai langkah bagi mewujudkan sistem pengundian yang lebih selamat dan sulit bagi para pengundi, Jabatan pilihanraya Rusia mencadangkan untuk mengimplimentasikan pengundian yang berasaskan blockchain. Sistem pengundian berasaskan blockchain dipercayai dapat mencegah daripada digodam, manipulasi dan apa-apa bentuk penipuan.

Ahli politik Rusia, Ella Pamfilova telah membuat kenyaatan melalui stesyen radio Moscow Calling pada awal minggu ini. ”Saya akan berbincang isu ini degnan presiden, jika terdapat permintaan daripada orang ramai. Saya mahukan sitem yang tiada analoq, sebuah sistem yang berasaskan blockchain. Itu cita-cita saya”.

Berdasarkan laman sesawang RT, Pamfilova merencanakan sebuah sistem yang dapat mencega daripada serangan cyber dan penggodam. Dalam masa yang sama sistem tersebut mesti mudah dan selamat untuk rakyat. Beliau bercita-cita agar sistem undian berasaskan blockchain ini dilaksanakan pada pilihanraya akan datang pada tahun 2024.

Rusia tidak sendirian dalam hal ini, terdapat negara lain yang menggunakan teknologi blockchain untuk tujuan penggundian. Amerika Syarikat, West Virginia merupakan daerah pertama yang mencuba sistem penggundian berasaskan blockchain yang menggunakan aplikasi telefon pintar.

West Virginia telah menjalankan kerjasama dengan salah satu syarikat teknologi di Boston iaitu Voatz bagi memudahkan pengundian untuk tentera.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat