Situasi Ekonomi A.S Semakin Merisaukan? Ini Ulasan Powell Tentang Prospek Masa Akan Datang!

435

Saban hari, ekonomi Amerika semakin berada dalam keadaan tersepit dan hal ini telah melahirkan pelbagai pandangan dalam memulihkan ekonomi. Pada hari ini, Pengerusi Rizab Persekutuan Jerome Powell mengatakan bahawa penggubal dasar berkemungkinan harus menerapkan langkah lain dengan harapan negara ini dapat keluar dari kemelut kemelesetan ekonomi. Situasi terkini, ekonomi A.S telah kehilangan sekurang-kurangnya 20 juta pekerjaan pada bulan April.

Walaubagaimanapun, Powell tidak memperincikan apakah langkah-langkah yang bakal diambil tersebut. Dalam masa yang sama beliau menekankan bahawa wabak Covid-19 telah mengakibatkan A.S tersepit dalam kemelesetan ekonomi.

Beliau juga menekankan bahawa langkah dasar fiskal dan monetari telah terbukti mujarab namun penting untuk memastikan agar situsasi seperti Great Depression tidak berulang kembali. The Fed telah memotong penanda kadar kepada paras hampir sifar dan dalam masa yang sama pakej pinjaman dan rangsangan telah dilancarkan.

Menurut Powell, walaupun tindak balas ekonomi tepat pada masanya dan berjumlah besar namun itu bukanlah pengakhiran kerana masih terdapat ketidakapastian pada masa hadapan.Walaubagaimnapun, Powell tidak membahas tentang prospek penggunaan suku buka negatif dalam memacu pertumbuhan ekonomi.

Jabatan Tenaga Buruh telah melaporkan bahawa NFP jatuh sebanyak 20.5 juta pada bulan April dan kadar pengangguran telah melonjak kepada 14.7%. Dalam masa yang sama, KDNK negara dijangka akan merosot pada suku kedua tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat