SKALE Network (SKALE) Menjurus Keselamatan Dan DApps Berasaskan Ethereum!

117

SKALE sebuah rangkaian elastik yang direka untuk membawa skalabiliti ke Ethereum, membolehkan orang ramai membina dan menjalankan DApps dalam desentralisasi modular cloud, yang dibina untuk keperluan dunia sebenar dan dikonfigurasikan untuk keperluan pengguna.

Diasaskan oleh Jack O’Holleran dan Stan Kladko.

Selain meningkatkan kapasiti transaksi, projek yang tidak berpusat ini bertujuan untuk mengurangkan latensi dan memastikan pembayaran dapat dibuat dengan murah.

Uniknya, rangkaian SKALE merupakan projek pertama yang melancarkan token pada platform pengaktifan ConsenSys Codefi, direka untuk melancarkan rangkaian yang tidak berpusat dan membolehkan pelanggan membeli, mengurus dan menggunakan token dalam satu aplikasi.

Rangkaian SKALE menjurus ke arah meningkatkan keselamatan dan aplikasi yang tidak berpusat (DApps) berasaskan Ethereum.

Selanjutnya, melihat carta pergerakan semasa harga SKL/USDT,

Pergerakan harga dapat dilihat telah merekodkan pasaran 2021 yang baik menghasilkan lebih 1,400% kenaikan positif mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) di paras harga $1.22 pada 12 Mac yang lalu.

Bagi pandangan sudut teknikal, pergerakan harga SKL dilihat sedang menguji semula zon SBR (support become resistance) sekitar $0.26 dimana zon tersebut baru sahaja diuji beberapa hari yang lalu.

Untuk jangkaan seterusnya, jika pergerakan harga kekal menyaksikan kenaikan dan melepas ruangan zon tersebut, zon SBR sekitar $0.29 bakal menjadi tumpuan seterusnya untuk diuji sebelum membuat kenaikan yang lebih tinggi.

Namun jika pergerakan harga menyaksikan penurunan, pergerakan harga bakal kembali menguji zon RBS (resistance become support) sekitar $0.23 samada membuat rebound atau meneruskan penurunan ke paras terendah yang pernah dicatatkan sebelum ini.

Lihat gambar carta matawang kripto SKL/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat