SNB Tepati Unjuran Kenaikan 50 Mata Asas

112

Selain mesyuarat FOMC, Swiss National Bank (SNB) turut melaksanakan dasar pengetatannya pagi hari ini.

Melihat kepada data yang dikeluarkan, policy rate dinaikkan sebanyak 50 mata asas untuk membawa jumlah keseluruhan kenaikan kadar pada 1% dari 0.50%.

Ia merupakan kenaikan kali ke-3 berturut-turut untuk membawa jumlah pukal sebanayk 175 mata asas setakat tahun ini.

Keputusan tersebut dibuat SNB dengan berpaksikan keperluan untuk membendung tekanan inflasi dari terus berkembang.

Setakat catatan November 2022, inflasi Switzerland meningkat 3% iaitu bacaan sama bulan sebelumnya dan menurun dari kemuncak 3.5% pada Ogos 2022.

Jelas kenyataan rasmi SNB bahawa bank pusat itu tidak boleh mengenepikan kenaikan tambahan dalam policy rate dalam memastikan kestabilan harga untuk jangka sederhana.

Berkesempatan itu juga SNB mengumumkan penglibatan aktifnya dalam pasaran pertukaran asing seperti yang diperlukan.

Dalam pada itu SNB menetapkan pertumbuhan Switzerland2022 pada sekitar 2% berbanding unjuran September lalu pada 2%, selan ramalan 2023 sekitar 0.5% dan inflasi suku ke-3 2025 boleh mencecah 2.1%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat