SOL Tewaskan BTC, ADA Enggan Ketinggalan Naik Ke $0.53!

147

“Fulamak bukan biasa-biasa, bila harga BTC naik yang lain pun ikut juga.”

Tanpa disedari, harga mata wang kripto Solana (SOL) pantas menggunung sehingga $105 pada awal pagi ini daripada $93 pada 6 Februari 2024 bagi mengatasi prestasi aset digital terbesar Bitcoin (BTC) pada minggu ini.

Hal ini kerana SOL telah memberi pengumuman penting mengenai pre-orders untuk keluaran kedua telefon blockchain mereka dipanggil Solana Mobile dan sehingga Khamis semalam, SOL menerima 85,000 pre-orders.

Jadi di sini dapat dilihat SOL mampu meneruskan kenaikan ke $117.03 jika harganya dapat melepasi $107.12, tetapi sekiranya gagal maka aset digital tersebut boleh merudum semula di bawah $90.79 atau lebih lagi.

Selain SOL, Cardano (ADA) turut menyaksikan pendakian ketara yang didorong oleh aliran sektor aset digital positif ditambah pula terdapat penganalisis kripto terkemuka Ali Martinez yang membayangkan kenaikan harganya.

Menurut Martinez, ADA perlu mengekalkan kedudukannya di atas $0.53 untuk menyasarkan harga seterusnya pada $0.68 dan ini telah mencetuskan keyakinan di kalangan pelabur ADA susulan mereka suka memantau pergerakan harga dengan teliti bagi menjangkakan potensi keuntungan.

Suka dimaklumkan juga ADA yang melihat kenaikan 11.25% dalam Open Interest pada $86.12 juta telah menunjukkan sentimen yakin mengenai prospek masa depan ADA makin meningkat manakala ADA Futures Open Interest pula raih 12.05% pada $335.35 juta.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 2.89% pada paras $105.27 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $45 bilion kemudian merekodkan kenaikan 5.82% sepanjang minggu lepas.

Manakala ADA pula raih 5.14% pada paras $0.53 dalam masa 24 jam terakhir dengan modal pasaran $19 bilion dan canak 5.58% dalam tempoh tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat