Solana & Filecoin Bekerjasama, Penyelesaian Storage Blockchain Dipermudahkan!

214

“Terbaiklah, perkembangan positif macam ni la yang kita mahukan.”

Baru-baru ini terdapat perkembangan positif tentang rangkaian peer-to-peer (P2P) file storage Filecoin (FIL) yang akhirnya memeterai perjanjian bersama platform kontrak pintar Solana (SOL) bagi penyelesaian storage blockchain decentralized.

Pasukan di belakang FIL mengatakan bahawa penyepaduannya dengan SOL bukan sahaja akan meningkatkan keupayaan saingan Ethereum (ETH) malah berupaya memajukan konsep storage decentralized.

Selain mempertingkatkan kebolehpercayaan dan kebolehskalaan blockchain SOL, ia mengaplikasikan FIL bagi menjadikan bloknya lebih mudah diakses dan boleh digunakan untuk penyedia infrastruktur, explorers, indexers termasuk sesiapa sahaja yang memerlukan aksesnya.

Suka dimaklumkan kerjasama tersebut mempamerkan kuasa rangkaian blockchain untuk mencipta ekosistem yang lebih teguh dan berdaya tahan yang dapat memberi pelbagai manfaat kepada pengguna atau pembangun.

Menurut Anatoly Yakovenko, pengasas SOL berkata perkhidmatan panggilan jauh (RPC) Triton One memainkan peranan sangat besar dalam menjayakan perkongsian tersebut, oleh itu beliau yang teruja melihat pelancaran itu telah berterima kasih kepada FIL susulan bina decentralized archive layer.

Setakat penulisan ini, harga SOL melonjak sebanyak 3.03% pada paras $111 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $49 bilion kemudian merekodkan pendakian 4.71% sepanjang minggu lepas.

Manakala FIL pula yang kini didagangkan pada paras $6.40 telah mencanak sekitar 2.32% dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $3 bilion dan raih 20.80% dalam masa tujuh hari lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat