‘Solana (SOL) Bukan Untuk Bunuh Ethereum (ETH)’ – Pengasas Solana

820

Komuniti kripto mungkin teruja melihat prestasi Solana (SOL) yang dikatakan mampu ‘membunuh’ Ethereum (ETH) pada masa akan datang.

Tetapi pengasas bersama Solana, Raj Gokal menyangkal dakwaan tersebut dengan menjelaskan projek mereka bukanlah bertujuan untuk melenyapkan Ethereum, dan jika pun Solana berjaya atasi Ethereum, agak mustahil untuk berbuat demikian.

Kenyataannya hadir selepas pengasas bersama Placeholder, Chris Burniske memuatnaik satu twit berbaur negatif pada Rabu:

Jelas Gokal, penggunaan ‘knives out’ menunjukkan pembangun projek kripto berasaskan layer-one sesama sendiri cuba untuk membunuh Ethereum.

Mungkin disebabkan itu, Gokal membuka langkah terlebih dahulu membendung sebarang unsur negatif yang tidak wajar wujud dalam sektor kripto seperti dakwaannya: “Tidak patut adanya permusuhan. Mereka yang bekerja di dalam sektor ini bertanggungjawab untuk memperkenalkan Web 3.0 kepada setiap pengguna.”

Projek layer-one yang dikenali umum selain Solana termasuklah Ripple, Terra, Tezos, dan Theta Network.

Prestasi Solana sepanjang 2021 boleh dikatakan sangat luar biasa:

  1. Sebanyak 2.2 juta non-fungible token(NFT) dilombong di Solana dalam tempoh 3 bulan sahaja.
  2. Sebanyak $15 bilion jumlah nilai terkunci (TVL) telah direkod dalam DeFi berasaskan Solana.
  3. Sejumlah dana bernilai $100 juta diperuntukkan untuk
  4. Integrasi Brave dengan Web3.
  5. Pelaburan sebanyak $100 juta dari Reddit untuk media sosial, $40 juta dari Neon Labs untuk penerapan infrastruktur Ethereum Virtual Machine (EVM).
  6. Pelancaran NFT oleh pplpleasr di Solana.
  7. Penubuhan integrasi NFT oleh FTX.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat