Solend Cuba ‘Take Over’ Akaun Whale Tanpa Izin!

317

Solend, protokol perkhidmatan pinjaman yang dibina di atas Solana, telah mengusulkan cadangan untuk mengakses salah satu akaun whale tanpa keizinan pemilik wallet tersebut bagi mengelakkan berlaku kecairan.

Ini merupakan masalah besar buat protokol itu sebagai ‘decentralized’ sedangkan tindakan yang diambil tersebut menunjukkan bahawa mereka adalah platform yang ‘centralized’.

Dalam kes ini, terdapat whale yang telah mendeposit $170 juta Solana dan mengambil pinjaman $108 juta.

Jika harga Solana turun kepada $22.30, akaun whale tersebut berisiko untuk dicairkan sehingga 20% daripada pinjaman mereka ($21 juta).

Sekiranya berlaku, ia akan memberi impak sangat buruk buat platform itu, ekosistem ‘Decentralized Finance’ (DeFi) Solana dan juga harga SOL.

Bagi mengelakkan ia terjadi, Solend melancarkan cadangan ‘SLND1: Kurangkan Risiko Daripada Whale’, pada hari Ahad dan undian ditutup dengan mendapat kelulusan 97%.

Walaupun begitu, harga SOL tetap utuh dengan meningkat pada sekitar $34 selepas undian dibuat, membuatkan Solend menjalankan satu lagi undian untuk membatalkan cadangan tersebut dan ia telah mendapat undi sehingga 99.8%.

Walaupun usul tersebut dibatalkan, tetapi reputasi Solend telah tercemar dan mendapat kritikan orang ramai kerana tindakan tersebut menunjukkan mereka sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal untuk berbuat sedemikian.

Pada waktu penulisan, Solana diniagakan positif pada $37 selepas meningkat sekitar 4.9% pada hari ini, seiring dengan pemulihan semula raja kripto Bitcoin (BTC) yang menokok pada $21,150.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat