Sora Dilancarkan, Harga Worldcoin Cucuk Langit Lebih 180%!

244

“Wow harga Worldcoin macam bersemangat je nak naik lagi tinggi, agak-agak boleh tembus $10 tak?”

Mata wang kripto Worldcoin (WLD) diasaskan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI Sam Altman akhirnya berjaya melihat pendakian ketara melebihi 186% pada minggu lalu bagi mencapai lebih $8 daripada $2.20 pada 7 Februari 2024.

Didedahkan juga, aplikasi aset digital mereka dikenali sebagai World App telah capai satu kejayaan luar biasa apabila penggunanya akhirnya mencecah sejuta berbanding pada November tahun lepas yang hanya memiliki 100,000 pengguna.

Pertumbuhan projek itu tercetus selepas OpenAI pada 15 Februari 2024 memperkenalkan Sora iaitu penjana teks-ke-video yang membenarkan pengguna cipta klip video atau adegan menggunakan text prompts yang merupakan satu kemajuan besar dalam content dijana AI.

Seminggu sebelum pengumuman Sora pada 9 Februari 2024, Altman rancang mengumpul $7 trilion untuk menyokong dan meningkatkan usaha firma dalam pembangunan cip semikonduktor yang dikatakan kawasan kritikal bagi memajukan teknologi AI.

Dilancarkan oleh Altman dan Alex Blania pada Julai 2023, WLD ialah projek pengesahan identiti digital yang memelihara privasi dan pendekatan uniknya adalah melibatkan beri pampasan kepada pengguna melalui WLD sebagai pertukaran untuk mengimbas iris mereka.

Projek itu juga bertujuan memperkenalkan Pendapatan Asas Sejagat (UBI) di seluruh dunia, tetapi pendekatannya terhadap UBI, metodologi WLD terutamanya pengesahan identiti biometrik melalui peranti pengimbasan mata logam dikenali sebagai Orbs telah cetuskan perdebatan dan kebimbangan.

Setakat penulisan ini, harga WLD melonjak sebanyak 20.05% pada paras $7.32 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $960 juta seterusnya mencatatkan kenaikan 173.83% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat