Soros Beri Amaran Kesatuan Eropah Berhadapan Dengan Krisis Sedia Ada

63

George Soros memberi amaran kepada Kesatuan Eropah (EU) pada Khamis bahawa mereka berhadapan dengan “risiko sedia ada”, dan mengatakan blok tersebut sepatutnya tidak membiarkan rundingan Brexit berpanjangan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh beliau dalam artikel yang ditulis.

“Rundingan untuk berpisah dari Britain akan mengalihkan tumpuan Kesatuan Eropah dari krisis sedia ada, dan rundingan tersebut boleh melebihi dua tahun,” katanya. “Kemungkinan lima tahun.”

Perdana Menteri Theresa May yang berhadapan dengan pilihanraya 8 Jun berkata pada awal minggu ini bahawa Britain akan meninggalkan EU tanpa perjanjian jika mereka tidak mendapat perjanjian yang memuaskan daripada blok tersebut.

Soros menyatakan beliau berharap selepas kemenangan Emmanuel Macron, satu-satunya calon pro- Eropah yang memenangi pilihanraya Prancis dan menjelang pilihanraya Jerman boleh meningkatkan lagi momentum Eropah. “Hal ini akan menjadi cukup kuat untuk berhadapan dengan masalah besar iaitu: krisis perbankan dan imigrasi di Itali.”

Perdana Menteri Hungari Viktor Oban telah melabelkan Soros sebagai spekulator yang yang menyokong kemasukan imigran ke Eropah dan Soros sendiri mengalu-alukan amaran EU kepada Hungary dan Poland, dua negara Autoritarian.

“Saya tertarik dengan cara Hungari menentang penipuan dan rasuah oleh mafia yang mana diwujudkan oleh Orban, dan saya menyokong institusi Eropah yang memberi respon kepada cabaran yang disebabkan oleh Poland dan Hungary,” kata Soros.

Kerajaan Hungari berkata Soros mempunyai agenda politik yang jelas dan organisasi beliau sedang menuju ke arah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat