SpaceX Bakal Jadi Syarikat ‘Startup’ Paling Bernilai Di Dunia!

1,520

‘Kalau dah tuannya orang paling bernilai, mesti syarikat pun ikut sama bernilai.’

Tatkala Elon Musk sangat sinonim dengan Tesla namun usah dilupakan syarikat pemula (startup) milik jutawan tersebut yang berjaya melancarkan roket ke angkasa, SpaceX.

Baru-baru ini syarikat kejuruteraan angkasa tersebut telah menyaksikan penilaiannya melonjak $125 bilion dalam satu sesi penjualan saham yang berterusan di pasaran sekunder.

Ia sekaligus bakal meletakkan SpaceX menjadi syarikat startup paling bernilai di Amerika Syarikat (AS).

Perkara tersebut terjadi apabila saham SpaceX melonjak pada $56 setiap satu sejak Oktober lalu selepas pecahan 10-1 yang meletakkan nilai syarikat pada $100 bilion buat kali pertama.

Sungguhpun tiada saham baharu yang diterbitkan dalam pasaran sekunder, syarikat berjaya mempamerkan prestasi baik kepada pelabur pada tahun lalu sehingga harga saham SpaceX kini berada pada $72.

Berbekalkan nilai pasaran sebanyak $125 bilion, SpaceX berjaya mengatasi gergasi kewangan Stripe yang bernilai $115 bilion dalam pasaran sekunder.

Sebagai makluman, telah menjadi kebiasaan bagi syarikat swasta yang bernilai tinggi untuk menawarkan saham dalam pasaran sekunder bagi memperkenalkan kecairan kepada pelabur awal.

Setakat ini Elon Musk yang memiliki 44% pegangan dalam SpaceX masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pencapaian syarikat pemulanya ini.

Barangkali beliau sedang sibuk dengan perjanjian bernilai $44 bilion untuk memperoleh Twitter yang masih tidak berkesudahan ataupun sedang memperagakan aset-aset Tesla beliau kepada Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.

Ringkasan mengenai SpaceX, ia merupakan sebuah syarikat yang telah melancarkan banyak muatan kargo dan angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Selain itu ia juga sedang hangat bersaing dengan syarikat angkasa Jeff Bezos, Blue Origin dan Virgin Galactic milik Richard Branson dalam mengkomersialkan perniagaan angkasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat