Squid Game (SQUID) Cetus Keterujaan Pelabur Kripto, Harga Melonjak Lebih 1,000%!

2,583

Drama bersiri dari Korea Selatan, Squid Game telah mencetuskan fenomena seluruh dunia, tidak ketinggalan melonjakkan saham negara itu sekelip mata.

Terbaru, matawang kripto Squid Game (SQUID) telah menyertai pasaran kripto dengan rekod dagangan semasa artikel ini ditulis, $2.76 dengan lonjakan 1,102.73% dalam 24 jam.

Dikatakan ketika pra-penjualan SQUID pada 20 Oktober, token ini habis terjual dalam 1 saat!

PERINGATAN! Sebelum anda meneruskan pembacaan artikel ini, digalakkan untuk berhati-hati dan tidak membuat pelaburan terburu-buru kerana CoinMarketCap melaporkan terdapat beberapa isu di mana pelabur SQUID tidak boleh menjual token ini di PancakeSwap.

Tidak pasti di manakah silapnya tetapi berdasarkan white paper di laman web rasmi, token tersebut dikawal dengan teknologi anti-dumping, menghalang penjualan koin jika syarat yang dikenakan tidak dipenuhi.

Trivia Squid Game (SQUID)

  • SQUID merupakan token khas projek Squid Game – permainan berkonsepkan play-to-earn yang berasaskan kripto.
  • Pelancaran permainan tersebut dijangka berlangsung pada November 2021, dimulakan dengan versi Beta khas untuk 500 pemain sahaja sebelum dilancarkan sepenuhnya kepada umum.
  • Permainan yang dimuatkan menyerupai permainan yang diperkenalkan di dalam drama bersiri itu.
  • Namun, tidaklah sehingga mengorbankan nyawa pemain. Hanya sekadar hiburan.
  • Penyertaan permainan ini tidak terhad jumlahnya, terbuka kepada sesiapa dan tiada had ganjaran di akhir perlawanan.
  • Untuk menyertai setiap permainan yang ditawarkan, pemain perlu membayarnya dalam token SQUID. Bermula dengan harga 456 SQUID sehingga 15,000 SQUID.
  • Maksimum jumlah bekalan SQUID ialah sebanyak 800,000,000.
  • Platform Squid Game turut tawarkan Marbles Pools di mana pelabur boleh mendapatkan token dengan staking.

Apa-apa pun, pembaca digalakkan untuk berhati-hati dengan aplikasi tipu dan malware Squid Game. Sebagai rekod, Google Play telah menerima lebih 200 aplikasi berkaitan drama bersiri itu.

Terbaru, Google Play telah membuang salah satu aplikasi yang mengandungi malware, Squid Wallpaper 4K HD setelah dimuatturun 5,000 kali.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat