Starbucks Perkenal Koleksi NFT Baru Untuk Penggemar Kopi

460

Starbucks menawarkan rakyat Amerika untuk memperoleh serta membeli setem koleksi digital dalam bentuk non-fungible token (NFT) yang digelar “Starbucks Odyssey”.

Dijelaskan, setiap setem digital mempunyai pemilikannya tersendiri yang disahkan pada blockchain termasuklah mendapat nilai mata berdasarkan keunikan NFT tersebut.

Malah, ahli Starbucks yang mengumpul banyak setem akan membolehkan mereka mendapat akses merasai pelbagai pengalaman unik seperti kelas membuat martini espresso maya, mengakses barangan unik, jemputan acara eksklusif di Starbucks Reserve Roasteries dan lawatan ke ladang kopi Starbucks Hacienda Alsacia di Costa Rica.

Selain itu, ahli Starbucks bukan sahaja boleh mendapatkan NFT dengan bermain permainan bertemakan kopi interaktif atau mengambil cabaran di Starbucks Odyssey, tetapi mereka juga mampu membeli NFT di built-in marketplace* tanpa menggunakan wallet atau mata wang kripto.

*tempat membeli dan menjual barang dalam kalangan komuniti NFT

Pada waktu yang sama, sebahagian daripada hasil jualan setem edisi terhad yang direka oleh rakan kongsi Starbucks dan artis luar itu akan didermakan untuk menyokong usaha pencipta.

Sebagai rekod, NFT Starbucks bertujuan untuk mewujudkan komuniti digital yang boleh berkumpul sambil minum kopi, melibatkan diri dalam pengalaman menarik serta meraikan warisan dan masa depan Starbucks.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat