Stellar Bakal Buat ‘Comeback’? Kerjasama Baru Diumumkan!

1,724

The Stellar Development Foundation, Visa, dan syarikat teknologi pembayaran Circle umumkan mereka akan sama-sama bergabung dengan syarikat Tala yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan kripto di negara-negara berkembang.

Pengumuman itu dibuat oleh firma fintech yang berpangkalan di California Tala pada 6 Mei 2021. Ketua Pegawai Eksekutif Tala Shivani Siroya mendakwa bahawa aset digital berpotensi untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi sistem kewangan mainstream.

Menurut Siroya, perkara ini adalah suatu berita baik buat firma mereka kerana kini Tala, Visa, Circle, dan Yayasan Pembangunan Stellar berkongsi visi yang sama untuk menawarkan alternatif bukan sahaja kepada 6 juta pengguna Tala namun juga kepada orang ramai.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Circle, Jeremy Allaire, menyatakan bahawa;

“Tala akan menjadi peneraju awal perkhidmatan kewangan generasi baru yang memberikan akses yang lebih besar kepada peluang ekonomi bagi orang-orang yang kurang bernasib baik”.

Dengan kerjasama terbaru, Tala akan membolehkan pengguna mereka menggunakan stablecoin USD Coin (USDC) untuk melakukan transaksi.

Tala juga menawarkan pinjaman kecil tanpa jaminan kepada, iaitu; mereka yang tidak mempunyai akses ke akaun bank di Mexico, Tanzania, Kenya, dan India. Berdasarkan laporan tersebut, perusahaan telah meminjamkan uang kepada lebih dari empat juta pelanggan tersebut sehingga sekarang.

Semasa penulisan harga Stellar telah naik lebih 10% kepada paras harga $0.6442 seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat