Steve Mnuchin: US Sedang Bekerjasama Dengan Kongres Dalam Perubahan Cukai

36

Dalam komennya pada Isnin, Setiausaha Perbendaharaan US atau Menteri Kewangan US, Steve Mnuchin menyatakan kekurangan maklumat lanjut dalam perancangan percukaian Trump adalah disebabkan oleh pihak pentadbiran US yang sedang bekerjasama dengan Kongres yang akan  keluar dengan perancangan bersama nanti.

Terdapat juga komen bahawa pentadbiran Trump tidak akan meletakkan perbelanjaan infrastruktur dan perubahan percukaian dalam satu rang undang-undang yang sama.

Terdapat cara lain untuk menaikkan pendapatan kerajaan US semula bagi mengimbangi potongan cukai di mana pendapatan yang semakin meningkat akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi.

Beliau juga menegaskan ia akan mengambil masa sehingga dua tahun untuk mencapai paras pertumbuhan ekonomi 3%. Kadar pertumbuhan sebegini katanya boleh dicapai dan kukuh berterusan disebabkan percukaian, regulasi yang semakin longgar dan perdagangan.

Dalam konteks ini, beliau menyatakan Presiden Trump lebih cenderung kepada perdagangan yang bebas dan adil.

Perdagangan akan menjadi isu yang dominan dalam jangka pendek khususnya dengan Presiden Trump mengancam untuk keluar dari perjanjian NAFTA dan juga perdagangan bebas dengan Korea Selatan.

Pasaran akan menjadi sukar untuk yakin dengan pertumbuhan yang kukuh di US jika agenda Trump terlalu agresif terhadap negara-negara lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat