Stok Minyak AS Buat Kejutan, Emas Hitam Gagal Mengukuh

292

Keuntungan yang diraih oleh dagangan minyak mentah susulan optimisme terhadap pakej rangsangan AS malangnya tidak kekal lama, selepas menerima kejutan daripada data yang diterbitkan Institut Petroleum Amerika (API).

Data terbaru daripada API menunjukkan inventori minyak mentah AS meningkat sebanyak 584,000 tong pada minggu lalu selepas mencatatkan penurunan ketara sebanyak 5.4 juta tong pada minggu sebelumnya.

Penanda aras niaga hadapan minyak mentah WTI Amerika Syarikat didagangkan susut pada $41.48 setong, sementara minyak mentah Brent merosot pada $42.90 setong.

Kedua-dua penanda aras ketika sesi sebelum ini, telah mencatatkan peningkatan lebih 1% ekoran disokong oleh prospek bahawa White House dan Demokrat yang semakin hampir dengan kesepakatan terhadap bantuan AS.

Bagaimanapun, setelah berakhirnya tempoh 48 jam yang diberikan oleh Demokrat, Nancy Pelosi, kedua-dua pihak masih belum mencapai kata putus.

Namun begitu, pasaran tetap optimis bahawa persetujuan dapat dicapai, lebih-lebih lagi selepas Presiden Donald Trump menyatakan bahawa beliau menginginkan rangsangan yang lebih besar daripada Demokrat.

Pasaran kini menantikan perkembangan lebih lanjut dalam perbincangan yang diteruskan pada hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat