Stok Minyak AS Jatuh, Makin Tinggi Harga Naik

323

Dagangan komoditi hitam terus mengekalkan momentum pengukuhan selepas data industri menunjukkan kejatuhan besar dalam bekalan minyak mentah Amerika Syarikat.

Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok tinggi pada $74 setong menjelang penghujung sesi Asia, sementara dagangan WTI Amerika Syarikat pula didagangkan menguat pada $70.90 setong.

Menurut Institut Petroleum Amerika (API), inventori minyak mentah AS, petrol dan penyulingan semuanya jatuh pada minggu lalu setelah taufan Ida menutup banyak operasi pengeluaran di Teluk Mexico.

Bekalan minyak mentah jatuh dengan ketara sebanyak 5.4 juta tong pada minggu yang berakhir pada 10 September, berbanding jangkaan untuk menurun sebanyak 3.5 juta tong.

Tumpuan seterusnya akan beralih kepada laporan rasmi inventori minyak mentah AS dari Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari ini.

Ketika operasi pengeluaran di wilayah itu masih belum pulih, kini ia berdepan pula dengan ancaman ribut tropika Nicholas yang akan terus memberi impak kepada bekalan minyak AS.

Sementara itu, pengukuhan harga turut disokong oleh Badan Tenaga Antarabangsa (EIA) yang mengatakan kemajuan dalam usaha vaksinasi di seluruh dunia akan mendorong pemulihan permintaan bahan bakar global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat