Suara OPEC Mula Kedengaran, Petunjuk Baru Buat Minyak?

172

Minyak mentah kekal suram dalam sesi dagangan yang perlahan pada Selasa di tengah-tengah petunjuk baharu dari OPEC+ untuk berusaha mengelak daripada kejatuhan harga.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak Brent didagangkan sedikit berubah pada $84 setong, manakala dagangan minyak WTI Amerika Syarikat pula berlegar pada sekitar harga $77 setong.

Menteri Minyak Iraq, Ihsan Abdul Jabbar berkata pada Isnin bahawa Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya termasuk Rusia, dikenali sebagai OPEC+ sedang memantau situasi harga minyak.

Selain itu, beliau turut mengatakan bahawa mereka mahu mengekalkan keseimbangan dalam pasaran.

Kenyataan tersebut pada mulanya membantu memberi sedikit sokongan buat dagangan minyak, namun kembali merosot disebabkan US dolar yang lebih kuat.

Ketidakpastian mengenai gangguan bekalan yang disebabkan oleh perang Rusia-Ukraine, bersama-sama dengan pengetatan dasar monetari bank pusat seluruh dunia yang mengancam kemelesetan ekonomi juga mengekang harga dari bergerak lebih tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat