Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, Rangkaian Solana (SOL) Bikin ‘Double Trouble’!

757

Solana (SOL) semakin membimbangkan apabila berhadapan dengan satu lagi masalah rangkaian hingga mengundang panik pelabur dan pengguna kewangan desentralisasi (DeFi).

Apa yang berlaku?

Berketetapan pada Jumaat, rangkaian Solana berhadapan dengan masalah buat kali kedua dan ia berpanjangan sehingga 48 jam lamanya.

Difahamkan isu tersebut mula dikenalpasti pada Jumaat, 21 Januari jam 8 pagi waktu Malaysia dan pasukan penyiasat mengambil masa lebih 24 jam untuk mengenalpasti isu tersebut.

Rupa-rupanya isunya berpunca daripada bot yang menghasilkan lambakan transaksi pendua (duplicate).

Bagaimanapun, isu tersebut telah selesai pada sekitar 1 pagi pada Ahad selepas kehadiran kemaskini v1.8.14 yang diperkenalkan untuk menghalang impak yang lebih teruk.

Sementara itu, pengguna DeFi terngadah dengan kesan yang diakibatkan oleh pencairan besar-besaran dilakukan ketika rangkaian Solana down.

Ketika pasaran mencatatkan pembetulan harga, rata-rata pelabur mengambil kesempatan untuk menambah lagi aset yang ada.

Tetapi malang untuk pengguna Solana yang membuat pinjaman dengan aset kolateral seperti SOL daripada platform pinjaman, Solend – mereka gagal untuk mendapatkan semula aset mereka ketika pasaran runtuh kerana rangkaian yang bermasalah.

Ekoran daripada itu, Solend cuba untuk mencari jalan bagi membaiki semula hubungan dengan penggunanya, termasuk bersimpati dengan apa yang sudah berlaku.

Ketika penulisan, SOL didangkan pada $86.98, susut lebih 13% dalam 24 jam. Aset ni telah susut hampir 47% sejak seminggu lalu, dari paras ketinggian $148.23 kepada $86.54 paras terendah harian.

Semoga ada harapan untuk Solana bangkit semula.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat