Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, USD Terus Tertekan!

704

Permulaan dagangan awal minggu dimulakan dengan US dolar didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan matawang utama setelah Kongres AS meninggalkan perbincangan mengenai pakej rangsangan coronavirus untuk bercuti selama satu bulan tanpa mencapai persetujuan.

Setelah dilemahkan oleh bacaan data jualan runcit AS yang mengecewakan pada Jumaat lalu, dolar greenback terus didagangkan di bawah tekanan pada 93.05 berbanding matawang utama pada sesi Asia hari ini.

Sementara itu, ketegangan antara Amerika Syarikat dan China makin berterusan, di mana Presiden Donald Trump mengeluarkan perintah eksekutif pada Jumaat yang memaksa syarikat China, ByteDance untuk menjual atau menghentikan aplikasi TikTok dalam tempoh 90 hari.

Dalam pada itu, pertemuan antara perunding perdagangan AS-China untuk membincangkan mengenai perlaksanaan perjanjian dagang pada Sabtu lepas, telah ditangguhkan kepada tarikh yang masih belum ditetapkan.

Walau bagaimanapun, penangguhan tersebut dikatakan tidak akan menjejaskan perjanjian kerana ia adalah disebabkan untuk memberi Beijing lebih banyak masa bagi melakukan pembelian barangan eksport AS.

Dolar Aussie yang sensitif terhadap berita mengenai hubungan AS-China, menokok lebih tinggi pada sesi Asia walaupun rancangan dua negara tersebut untuk berbincang mengenai perjanjian dagang ditangguhkan.

Sementara matawang safe-haven yen diniagakan stabil di sekitar harga 106.46 berbanding dolar greenback setelah merosot minggu lalu ditekan oleh lonjakan hasil bon perbendaharaan AS yang menarik pelaburan Jepun ke AS.

Penerbitan laporan minit mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis minggu ini, akan menjadi tumpuan utama pasaran untuk mendapatkan kejelasan dalam pandangan Federal Reserve (Fed) terhadap ekonomi semasa Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat