Reaksi Pasaran Tidak Seperti Yang Diharapkan? Data Jualan Masih Catat Peningkatan!

367

Laporan yang dikeluarkan menunjukkan pengguna membelanjakan lebih sedikit daripada apa yang diharapkan oleh pakar ekonomi pada bulan Julai berikutan penurunan dalam jualan automotif.

Jualan runcit meningkat 1.2% untuk bulan Julai, berbanding jangkaan ahli ekonomi Dow Jones yang menjangkakan kenaikan 2.3%. Walaupun berita tersebut sedikit mengecewakan namun jika tidak mengambil kira jualan kenderaan automatik, peningkatan adalah sebanyak 1.9%.

Jualan runcit merupakan satu indikator yang menyumbang 2/3 dalam ekonomi menyaksikan lonjakan 8.4% pada bulan Jun. Namun peningkatan tersebut tidak bertahan lama apabila jangkitan positif wabak Covid-19 kembali meningkat semula menyebabkan aktiviti ekonomi menjadi perlahan.

Secara keseluruhan, jualan runcit masih menandakan peningkatan selama 3 bulan berturut-turut selepas merosot sebanyak 14.7% pada bulan April.

Setakat ini KDNK A.S telah jatuh 32.9% pada suku tahun kedua dan kadar pengangguran juga telah jatuh kepada 10.2%. Bacaan jumlah tuntutan penganguran juga bertambah walaupun 28.3 juta orang Amerika masih menerima faedah.

Tidak banyak reaksi oleh pemain pasaran. Bursa saham pasaran hadapan Dow Jones dan S&P 500 sedikit jatuh namun bursa saham pasaran hadapan Nasdaq 100 naik 0.3%.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat