Sujata Burla : Gadis Lumpuh Jadi Pelabur Saham

547

Sujata Burla dilahirkan pada 1980 di Berampalli, Andhra Pradesh, India. Seorang gadis muda, bersemangat dalam keghairahannya terhadap fotografi. Ketika berusia 18 tahun, beliau semakin menonjolkan minatnya untuk menjadi seorang jurugambar terkenal.

Namun begitu, apa yang terjadi adalah di sebaliknya!

9 Jun 2001, merupakan sejarah hitam buat dirinya. Beliau dan beberapa orang kawannya dalam perjalanan ke Shirdi dan kenderaan yang mereka naiki telah terlibat dalam satu kemalangan. Sujata mengalami kecederaan saraf tunjang yang menyebabkan beliau lumpuh.

Beliau telah mendapatkan rawatan selama beberapa bulan daripada ramai doktor di hospital berbeza. Malangnya, tiada seorang pun daripada mereka yang dapat menjamin bahawa beliau dapat berjalan lagi. Sehubungan dengan itu, kawan-kawannya telah meninggalkannya sendirian.

Episod malang dalam hidupnya berterusan apabila bapanya telah meninggal dunia pada Mac 2004. Oleh yang demikian, beliau memasang tekad untuk tidak membebankan insan yang tersayang dan ingin berdikari.

Dengan semangat dan keazaman yang tinggi, beliau memilih untuk menjadi seorang usahawan tekstil dan dibantu oleh kakaknya yang merupakan seorang pereka fesyen. Akan tetapi, perusahaannya tidak bertahan lama kerana ketidakupayaannya untuk berjalan dan memantau perniagaan tersebut telah mengakibatkannya menanggung kerugian.

Tanpa mengenal erti putus asa, Sujata mula belajar mengenai pasaran saham hasil cadangan daripada seorang kawannya dan mula melabur pada tahun 2004. Bermula dengan melabur hanya 15 lakh rupee (kira-kira $23,000 dolar Amerika), beliau mampu memperolehi kira-kira 3 crores setiap bulan iaitu $4,50,000 dolar Amerika.

Di samping itu, beliau turut menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) miliknya, Shradha serta menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.

Tuntasnya, tidak kira apa pun ujian yang datang menimpa, jangan pernah kenal erti putus asa. Jadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk lebih berjaya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat