Suka Makan Ayam? Ini Harga Semasa Yang Mak-Mak Perlu Tahu

185

‘Berkokok-kokok si ayam menyuarakan isi hati.’

Menghampiri penghujung Ogos, harga siling seekor ayam mentah dikekalkan pada RM9.40 sekilogram sementara harga telur mentah terus menikmati subsidi 3 sen oleh kerajaan.

Perkara ini telah diumumkan Tan Sri Annuar Musa susulan pelaksanaan mekanisme harga siling RM9.40 yang diumumkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Azman Mohd Yusof.

Menurut mekanisme yang dibentangkan, harga siling tersebut dikatakan mungkin tidak akan diteruskan selepas 31 Ogos ekoran penstabilan bekalan ayam dalam negara.

Selain itu, kerajaan sebelum ini juga telah menetapkan harga tular Gred A pada 45 sen sementara Gred B pada 43 sen dan Gred C pada 41 sen yang berkuat kuasa 1 Julai bagi tempoh 2 bulan.

Akan tetapi keyataan terbaharu dari Tan Sri Annuar, Pengerusi Pasukan Petugas Jihad Melawan Inflasi, ada menyebut bahawa sebelum Kabinet membuat keputusan baru maka mekanisme tersebut akan diteruskan selepas 31 Ogos ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan Kabinet telah membenarkan beberapa penternak ayam mengeksport hasil mereka selepas mendapat kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada Oktober.

Ia adalah rentetan daripada keputusan kerajaan sebelum in yang mengharamkan eksport ayam mulai 1 Jun selepas berlaku isu kekurangan bekalan dan lonjakan harga.

Sungguhpun begitu, bekalan ayam yang kembali stabil diapit desakan dari penternak telah memberi ruang kepada kerajaan menarik balik larangan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat