Sungai Kering Kontang, Eropah Berdepan Kerugian $80 Bilion!

3,214

Berikutan suhu panas yang ‘luar biasa’ dan kekurangan taburan hujan di Eropah, sungai-sungai yang menjadi tonggak ekonomi selama berabad-abad mula mengering.

Sungai dan terusan di benua itu membawa lebih 1 tan kargo setiap tahun untuk setiap penduduk Kesatuan Eropah (EU). Malah, sektor pengangkutan sahaja menyumbang kira-kira $80 bilion kepada ekonomi rantau ini.

Bagaimanapun, paras air sungai Rhine yang semakin berkurangan di bawah paras kritikal mungkin tidak dapat dilalui pada titik laluan utama akhir minggu ini, berpotensi untuk menghalang aliran besar diesel dan arang batu.

Rhine merupakan sungai terpenting di Eropah yang memainkan peranan besar dalam membantu mengangkut arang batu ke loji janakuasa Jerman untuk membantu mengimbangi kesan tekanan Rusia terhadap bekalan gas.

Sementara sungai Danube, yang mengalir sepanjang 2,850 km dari Eropah tengah ke Laut Hitam juga berdepan situasi sama, menyebabkan penghantaran bijiran dan perdagangan lain tersekat.

Krisis tenaga Perancis pula bertambah buruk ekoran sungai Rhone dan Garonne yang terlalu panas untuk menyejukkan reaktor nuklear dengan berkesan, manakala sungai Po di Itali terlalu kurang untuk kegunaan pertanian.

Situasi ini dilihat akan meningkatkan lagi cabaran buat Eropah yang telah pun berada di ambang kemelesetan angkara pencerobohan Rusia memburukkan tekanan inflasi dengan gangguan bekalan makanan dan tenaga.

Penganalisis melihat keadaan buruk ini dijangka mendorong ekonomi benua itu lebih teruk daripada kehilangan $5.1 bilion yang terjejas disebabkan isu transit Rhine pada 2018.

~ Kesan perubahan iklim semakin mencengkam dunia dan impaknya sangat membimbangkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat