Sungguh Pelik, NFT Boleh Berkembang Dekat China Tapi Kripto Tak Boleh!

331

Sebulan sebelum kripto disekat, China telah menganjurkan pameran seni kripto utama pertama di dunia dengan membuka galeri di 798 daerah Beijing.

Namun pada Mei 2021,  pengawal selia China sekali lagi menggegar pasaran dengan mengharamkan perdagangan kripto dan perlombongan (mining), seterusnya menggoyahkan komuniti non-fungible token (NFT).

Bagaimanapun beberapa bulan selepas itu, NFT kembali dianggap selamat daripada peraturan tersebut kerana masih belum ada klasifikasi jelas mengenainya sebagai instrumen kewangan yang berpotensi berisiko.

Walaupun China mengharamkan perdagangan kripto dan mining, tetapi sekurang-kurangnya ia boleh menjadi hab untuk seni NFT.

Meskipun begitu, ia tidak boleh dibeli dengan kripto dan digunakan sebagai pelaburan spekulatif, tidak seperti yang sering dilakukan oleh peniaga di negara lain.

Ekoran itu, firma teknologi besar seperti China Ant Group dan Tencent menukar gelaran NFT kepada koleksi digital sebagai langkah untuk membezakan produk daripada rakan kripto globalnya.

Berbeza dengan blockchain Ethereum, koleksi di China dibina pada blockchain yang dibenarkan sahaja termasuklah dipinda oleh pihak berkuasa.

Hal ini kerana, kerajaan dan syarikat cuba mengekang pembiayaan NFT bertujuan menghentikan pelaburan spekulatif popular yang berlaku semasa kejatuhan pasaran kripto.

Malah, undang-undang untuk melarang penggunaan teknologi jenis ini akan digubal untuk mewujudkan jenis perkhidmatan kewangan terkawal, ulas Yifan He, Ketua Pegawai Eksekutif firma pembangunan blockchain Red Date Technology.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat