Super Mario Run Junamkan Saham Nintendo?

34

Masih ingat dengan Saham Nintendo Co. menjunam di Tokyo selepas kemunculan permainan Super Mario Run mendapat sambutan yang tidak menggalakkan.

Saham syarikat ini merosot 7.1 peratus pada Isnin, menjadikan kerugian berjumlah 11 peratus semenjak aplikasi permainan itu diperkenalkan. Bukan sahaja Nintendo, DeNA Co, yang merupakan rakan kongsi mereka juga mendapat tempias apabila turut dinilai merosot.

Sebelum ini, Super Mario Run dikatakan akan merubah Nintendo berikutan terjunan pertama syarikat tersebutke dalam dunia permainan mudah alih. Buat masa ini, aplikasi tersebut juga hanya memperolehi purata penilaian sebanyak dua setengah bintang daripada lima. Menurut rekod juga, aplikasi ini juga antara permainan yang terendah dimuat turun berbanding permainan telefon pintar yang lain seperti Clash Royale atau Candy Crush Saga.

Nintendo juga dikritik kerana mengenakan kos permainan untuk versi penuh permainan sebanyak $10, dan hanya percuma untuk tiga peringkat pertama sahaja.

Seorang penganalisis di Institut Penyelidikan Ace juga mengatakan bahawa pelabur meletakkan harapan terlalu tinggi buat permainan ini. Ramai juga yang menulis komen di App Store bahawa Super Mario Run ini tidak seperti yang diharapkan.

Sebelum boleh dimuat turun, Nintendo Co. meramalkan fenomena permainan ini boleh mengatasi permainan Pokemon Go. Namun, ternyata jangkaan ini salah dan sambutannya agak suram.

Prestasi Greenback Mula Perlahan Dalam Sesi Eropah! 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat