Supermax ‘Tidak Kenyal & Kendur’ Akibat Penurunan Permintaan

106

‘Biasalah getah kalau guna selalu hilang kekenyalan dan kendur dia.’

Penjejasan permintaan sarung tangan getah dan pengecutan dalam pasaran harga jualan purata membuatkan catatan keuntungan bersih Supermax Corporation Bhd merosot.

Meneliti laporan pendapatan bersuku Supermax Corporation Bhd bagi suku ke-4 (Q4) yang berakhir Jun 2022,

  • Keuntungan bersih tahunan merosot RM732 juta daripada RM3.82.
  • Pada skala bersuku, keuntungan bersih jatuh RM33.05 juta berbanding RM962.53 juta.
  • Hasil tahunan merudum RM2.69 bilion daripada RM7.16 bilion.
  • Hasil pada skala bersuku pula turun RM300.23 juta berbanding RM1.87 bilion.

Digariskan syarikat bahawa kemerosotan tersebut berlaku ekoran kejatuhan permintaan serta harga jualan selepas dunia mula beralih ke fasa endemik wabak Covid-19 pada tahun ini.

Selain itu, isu penggantungan pesanan dan penghantaran dari kerajaan Kanada serta perintah pelepasan penangguhan yang dikenakan oleh Kastam and Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) menjejaskan jualan syarikat.

Turut dipetik faktor penjualan inventori oleh pengimport dan unit pengedaran luar negara Supermax semasa pasaran menyusut dan kenaikan gaji minimum menyumbang tekanan terhadap kemerosotan prestasi.

Dalam pada itu, syarikat dalam kenyataan rasminya mengatakan pasaran akan kekal lemah dan persaingan menjadi sengit serta margin keuntungan terus menyederhana dengan penyatuan besar berterusan dalam industri sarung tangan getah.

Sungguhpun begitu peralihan struktur yang tercetus akibat wabak tersebut akan menyaksikan permintaan kekal berdaya saing berbanding tempoh pra-pandemik dan meneruskan aliran naik jangka panjang.

Setakat penulisan ini saham Supermax diniagakan turun 1.29% pada 76 sen dengan modal pasaran sebanyak RM2.09 bilion.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat