Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) Ingatkan Orang Ramai Agar Berwaspada Terhadap Tawaran ICO!

2,151

Sejak kebalakangan ini pelaburan Bitcoin mula kembali mendapat perhatian ramai orang terutama dalam kalangan pelabur. Pengumuman matawang crypto Facebook telah menyebabkan ramai yang sudah kembali yakin dengan matwang crypto sebagai pelaburan alternatif.

Namun dalam masa yang sama, terdapat beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan ke atas trend ini dengan menawarkan tawaran matawang crypto permulaan (ICOs) untuk tujuan penipuan baik di dalam Malaysia mahupun di luar Malaysia.

Pada hari ini Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai agar berhati-hati dengan pihak yang menawarkan ICO tanpa pendaftaran. Bagi aktiviti penawaran matawang crypto baik dari segi pemasaran mahupun menyertai ICO, perlu mendapatkan kebenaran daripada SC. Justeru, para pelabur diharapkan dapat melakukan semakan terlebih dahulu dan berwaspada terhadap potensi risiko yang berkaitan dengan skim-skim ICO terutamanya:

1) Penerbit ICO yang tidak beroperasi secara fizikal di Malaysia. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk menentukan kesahihan ICO tersebut dan peraturan akan tertakluk kepada undang-undang luar.

2) Berwaspada terhadap pengubahan wang haram dan pembiayaan keganaasan.

3) Risiko terhadap keselamatan siber termasuk penggodaman dan kecurian data peribadi.

Untuk anda yang baru mula atau ingin melabur matawang crypto, di Malaysia terdapat tiga platform pertukaran aset digital (DAX) yang telah didaftarkan, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd, dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd. Selain daripada 3 platform diatas adalah tidak dibenarkan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web SC.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat